Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Pantang Oh Pantang

Imej
OK TAJUK ENTRY ima kali ni pasti semua yang bergelar ibu akan laluinya kan? Alhamdulilah.. 44 hari pantang ima dah berlalu dan ima dah pun selamat laluinya. Ima ni orang cakap bunting pelamin.. Mana taknya, baru je hujung tahun lepas nikah kot, tahu2 bulan Februari tahun ni dah melekat sorang. Hehe.. Alhamdulilah.. rezeki hamil awal orang kata. (pada yg belum ada tu jangan susah hati, Insyaallah rezeki korang akan datang nanti. Just keep your doa, berusaha & ima pun akan doakan sama k) Tarikh 19.09.2017 tepat jam 10.00 malam adalah satu lagi saat manis yg tercatat dalam memori indah yg ima tak dapat nak lupakan bila munculnya Nur Aleeya Akma di muka bumi ciptaan Allah S.W.T yang cukup indah ini. Saat inilah saat ima mula belajar kehidupan yang perlu dilalui oleh semua wanita yg bergelar IBU. Ok, ima prefer Aleeya panggil ima dgn panggilan “Ibu” k sebab sejuk je hati bila tgk anak2 kecil panggil ibu. Oh my.. I cannot wait for Aleeya call me “Ibu” bila dia dah start cakap