Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Aku dan Dia

Imej
JODOH ALLAH ni memang ajaib. Tersangat ajaib. Dulu masa kecik2 & meningkat dewasa selalu dok tertanya2 siapalah jodoh kita.. siap pernah masuk lagi group mencari jodoh sebab jenis pattern orang malas bercinta monyet ni. Ima just fikir study & just nak cari yg betul2 cinta sampai mati la katakan hahaha.. Dulu dialah classmate ima. Form 1 (Tahun 2004). Hanya sebagai kawan sekelas and tak lebih drpd tu.  Hanya pernah sekali je kami dua kelas sekali. Masing2 tak pernah jumpa lepas dia start pindah sekolah teknik time Form 4. Lepas lebih 8 tahun (27.09.2015), kami berjumpa balik dan berkawan. Time tu masing2 dah start bina kerjaya masing2. Then kami bertunang (16.09.2016) dan bernikah (16.12.2016). So siapa sangka kan, dialah jodoh ima sekarang.. rupa-rupanya jodoh ada dekat dgn rumah je.. cuma beza lain taman. Tak sampai 10 minit pun jarak rumah kami dua.. Hahaha.. Itulah ajaibnya rahsia Allah ni..yg dah susun cantik2 utk kita.  Trust me.  Love is not determined by the years