Khamis, 2 Julai 2015

My New Life Has Begun...!


Alhamdulilah.. itulah yang mampu ima ucap di pagi Ramadhan 1436 bersamaan 16 Hijrah dan Hari Jumaat segala penghulu hari ini. Pukul 6.05 Petang nanti, genaplah 24 Tahun ima bernafas di muka bumi yang indah mempesona cipta-Nya yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui..

Mungkin 3 JULAI 2015 ini adalah hari yang tercatit untuk ima mengenang kembali segala kenangan manis, pahit, kelat, tawar, suka dan duka sepanjang ima hidup. Alhamdulilah.. sesungguhnya tidak terhingga ingin ima ucapkan kalimah ini kerana terlalu banyak untuk ima luahkan.

Selepas habis episod zaman remaja, zaman sekolah, zaman belajar di universiti dulu. Sekarang.. My New Life Has Begun bila ima berpindah masuk ke ‘daerah orang’ di Jitra, Kedah ni. (Tak ada la jauh dari Sungai Petani, tapi dekat 2 jam jugak la perjalanan.. huhu..) Tanpa keluarga, Tanpa kawan dan Tanpa orang yang ima kenal sebelum ni untuk ima memberanikan diri melangkahkan kaki ke alam pekerjaan yang ima impikan sebelum ini. Sungguh tak sangka di sini ima berada sekarang. Benar orang cakap, kalau dah rezeki tak ke mana. Sekarang baru ima faham sepenuhnya kata-kata pujangga ni. ;)


Di kesempatan ini, ima nak mulakan dengan permohonan maaf jika ada salah dan silap ima sepanjang kita semua saling kenal mengenali ni. Tak kisahlah sama ada kita pernah bertemu atau tak ya? Kalau ada ima terhutang ke sebelum-sebelum ni boleh la cakap kat ima ya nanti?  Ima ni kekadang pelupa sikit.. huhu..InsyaAllah, kalau ada, ima akan bayar balik ya.

Ok last, ima nak ucap jutaan terima kasih kepada semua yang support ima ( you know who u are )..and yang wish bezday ima untuk hari ini. TERIMA KASIH you all.. terutamanya family ima yang ima paling sayanggg…TERIMA KASIH!.. Ima harap pada yang mengenali ima ni, doakan semuanya berjalan lancar untuk ima lepas ni ya. ALHAMDULILAH… 

Siti Fatimah ( ima )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Member blOg ima~

Let's Comment..!!