Khamis, 29 Mei 2014

Nukilan ima untuk Pelajar UUM

29 Mei 2014


        Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia pada semua kawan- kawan di Universiti Utara Malaysia tidak kira senior, junior, sama batch, lain batch, kaum, agama atau pangkat ^^. Terutamanya pada yg mengenali diri ini -- > @Siti Fatimah Ima ;) y

        Mesti tertnya2 kenapa ima post gambar buku ni kan??? Haha..Sebenarnya dalam buku ni tersimpan segala nota yg ima catat setiap kali masuk kelas utk minggu2 pertama setiap sem. (Sem 1- Sem 6). Nak wat kenangan la katakan..so sweet kan? haha.. Ok. Lagi seminggu ima bakal menduduki final exam utk paper yg pertama utk kali terakhirnya ima study di UUM so sebelum tu ima nak menyusun sepuluh jari nak mohon maaf jika selama kita semua kenal ni, ima ada terkasar bahasa, tersalah laku atau terlukakan hati sesiapa ya. Sesungguhnya daku hanya manusia biasa, yg tak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.. Huhu.. dan juga di kesempatan ini, ima nak minta dihalalkan makan dan minum jika ada. Jika ima ada terhutang apa-apa ke minta claim cepat2 ya.. Maklum la.. sejak-sejak umur meningkat ni kan semua benda penting bley lupa hehe.. Pada yg rasa ada hutang dgn ima tu,  yg masih dalam ‘ pending’… ima tunggu tau hehe ^^.. yg x tu.. ima halalkan semuanya ya. Seriusly, I mean that. ^^..

         So.,ima nak ucap terima kasih byk2 (in Thai words we said, khob khun kha mak mak  - ni roommate ajar hehe) kerana sudi berkawan, layan I punya perangai ‘gila2’,kadang ‘buat org tersentap’,  kadang ok kadang x ok tu dan beri tunjuk ajar pada ima sepanjang ima kat UUM ini. Biasa la orang yg x pernah terbayang pon dalam mind bakal jejak kaki kat sini.. Alhamdulilah.. so far so good ^^.. Ima nak ucap terima kasih terutamanya kepada semua kawan2 yg pernah jadi group members dgn ima selama hampir 3 TAHUN kat UUM ni . (Nak tag nama korang kat sini tak boleh sebab ramai sgt haha.. )Terima kasih kerana bertahan dgn sikap ‘serius’ dan ‘garang’ ima dalam tugasan ataupun projek. (dalam kerja tugasan je serius kalau kat luar happy2 je.huhu..). Lg satu nak minta maaf gak pada sesiapa yg mgkin ima x dpt nak tolong before ni.. bukan apa, al maklum la.. student IT.. busy sokmo huhu..  ;) y

         InsyaAllah.. ada masa dan hari  nanti kita pasti akan berjumpa lagi, nanti jumpa tu tegur-tegur la ya..Tak kisah la kalau time tu anak dah masuk yg ke sepuluh.. hahaha.. (^^^)

           Sorry panjang sikit ima tulis ni, biasa la org kaki bloggers, ada saja idea dia nak tulis ni.. haha.. InsyaAllah bulan 7 ni dah start praktikal di SP. Pejam celik pejam celik, kejap je kan masa berlalu? ^^ Doakan ima buat yg terbaik k dan ima pun doakan korang semua buat yg terbaik juga ya. Wish u all the best k. Good Luck. InsyaAllah kalau ada rezeki,  kita semua jumpa time Konvo 2015 nanti pula ya. y(^_^)y

I dedicate this special song for u guys and girls. Wish u always with happiness.  (^_^)

Amy Mastura.. “Kelip-Kelip”.(^_^)

Bertemu kita bertemu
Berpisah janganlah resah
Seperti pelangi senja
Datang dan pergi..

Bertemu kita bertemu
Berpisah janganlah resah
Seperti malam dan siang
Silih berganti..

Pergi dan datang
Selalu berkasih sayang
Sepanjang hayat
Biar dikenang
Selalu bermurah hati
Budi yang baik
Di bawa mati..

Selalu berbuat jasa
Hidup yang ada jangan disia
Selalu merendah diri
Di dalam hati
Biarlah suci
Bertemu kita bertemu
Berpisah janganlah resah
Seperti malam dan siang
Silih berganti..
Pergi dan datang…

..Siti Fatimah Ima..
   Sahabat UUM



Credit to - - >
#semuaLecturerUUM
#semuaStudentUUM
#dppTnb
#dppBankRakyat
#dppPetronas
With love <3 note - - > #KenangDakuDalamDoamu #terimakasih #imaWillMissUall #thankzforeverything (^_^)

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Member blOg ima~

Let's Comment..!!