Merdeka...!

              Hye kawan2, bersua lagi kita.. (^^) ..hari ni dah masuk seminggu kita sambut kemerdekaan yg ke-56 tahun di negara Malaysia yang tercinta ni kan..Alhamdulilah, agak meriah jugak la ima tgk sekarang.. Siap pasang sticker bendera Malaysia dekat depan bonet kereta lagi kan.. Cantik gila.. ingat nanti beli kereta nak wat cmtu gak la.. hihi,,(^^).. So, ima pon nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan juga pada semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Moga kita sentiasa hidup aman damai dan harmoni di negara Malaysia yang berdaulat ni k. So ima pon ada la terkenangkan sebuah sajak yang ima karang sendiri masa form 6 dulu..Pertandingan menulis sajak. Alhamdulilah.. time tu ima dapat tempat no-2.. lepas tu ima ada juga karang cerpen kemerdekaan untuk dipaparkan di majalah sekolah time tu.. Korang try la baca ya.. Saja ima terasa nak share2 dgn korang ni.. apa2 pon... Merdeka....!!! (^^)y


Aku Anak Merdeka

Merdeka kian terasa,
Segala pahit getir yang dilalui dapatku rasa,
Nilai kesyukuran dan penghormatan lahir di dalam jiwa,
Tatkala mendengar laungan keramat itu.

Ada apa pada Merdeka?
Jika anak-anak muda hanya tahu bersorak gembira,
Melihat jarum jam melangkah ke pagi.
Tanpa sedikitpun nilai kesyukuran yang diberi.

Ada apa pada Merdeka?
Jika penindasan masih bermaharajalela,
Jenayah pula kian menyesakkan minda,
Tanpa sedikitpun nilai simpati di dalam hati.

Ada apa pada Merdeka?
Jika hanya satu ungkapan dibibir,
Berulang kali dilaungkan,
Tanpa perlu dihayati akan ertinya.

Mana pergi secebis keinsafan?
Tatkala mendengar sejarah hidup si pejuang kental,
Mana pergi secebis penghormatan?
Yang patut dituju pada dia yang berjasa.

Ingin sekali aku persoalkan setiap persoalan itu,
Agar kemerdekaan yang dikecapi tiada ragu-ragu,
Ingin sekali aku fahami setiap persoalan itu,
Kerana Aku Anak Merdeka…

Apa itu Merdeka???

           “Merdeka! Merdeka! Merdeka!....”..Aku terkejut apabila laungan itu kedengaran dari ruang tamu.Pen yang setia berada ditanganku dari tadi segera ku tinggalkan di atas meja lalu segera ke ruang tamu untuk melihat empunya suara itu. Ohh.. rupanya..iklan sempena bulan kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi.Tidak sedar aku..tidak lama lagi Malaysia, negara tanah kelahiranku yang tercinta bakal menyambut kemerdekaan yang ke-53.

“Abang!Abang!...merdeka tu apa?”tanya Erin,adik perempuanku sambil menarik-narik lengan bajuku.Tangan sebelahnya pula sedang erat memegang anak patung kesayangannya. Umurnya baru mencecah angka empat tahun tapi sudah petah berkata-kata.

“Merdeka?...emm…merdeka tu…..”kataku tiba-tiba terhenti di situ.

    Apa itu merdeka???..aku tertanya-tanya sendiri namun Erin setia menanti jawapan dariku sambil membelai-belai rambut anak patungnya itu.

       Teringat kembali zaman sekolah rendahku.Masa itu aku di darjah tiga.Aku pernah suarakan pertanyaan ini kepada guru mata pelajaranku, Cikgu Aminah.

“Hasrul,merdeka itu maksudnya negara kita telah bebas setelah hampir beratus-ratus tahun kita dijajah dan berada di bawah penguasaan British. Pada masa itu..negara kita telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing..Syukur alhamdulilah..muncul pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Dol Said, Rentap dan ramai lagi pada masa tu yang menentang penjajah ” panjang lebar Cikgu Aminah memberi jawapan.

       Bebas??..betul ke kita telah bebas??…tetapi mengapa masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih belum bebas walaupun telah 53 tahun kita menyambut kemerdekaan??.. Kenapa masih ada yang melakukan keganasan??..dan ada yang masih mengagung- agungkan penjajah itu??... bertalu-talu pertanyaan demi pertanyaan ke dalam benak fikiranku walaupun yang diminta bukan soalan tetapi jawapan.

     Erin setia menanti lagi.Entah apa yang perlu aku jawab.Riak wajahnya benar-benar ingin tahu apa itu merdeka..

“Erin,merdeka tu maksudnya negara kita, Malaysia telah bebas daripada penguasaan orang jahat…”.kataku sambil memandang anak matanya yang seiras-iras dengan ibu kami.

“Orang jahat??..diorang nak apa abang??..Erin takut la…”Erin dengan tiba-tiba dalam keadaan takut memelukku sambil mengenggam erat bajuku.

“Eh..Erin x yah takut!..orang jahat tu dah mengaku kalah… sekarang kita dah berjaya dapat balik apa yang menjadi hak kita..” kataku agar Erin mudah mengerti walaupun aku tahu agak susah anak-anak kecil sebayanya faham dengan situasi yang sebenar.

“Owh…padan muka orang jahat tu…”kata Erin dengan reaksinya yang melucukan.

         Aku hanya tersenyum melihat telatahnya. Sekarang aku makin mengerti dengan maksud merdeka yang sebenar. Mengapa kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam pelbagai kaum,bangsa dan agama tidak mensyukuri setiap perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang sanggup bermati-matinya dalam mempertahankan negara dari dijajah dan ditindas oleh British suatu ketika dahulu???. Tanpa mereka,tiada gelak tawa kini.. Tanpa mereka tiada aman damai kini… dan Tanpa mereka juga tiada kebebasan yang kita kecapi kini. Oleh itu,dengan adanya bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun iaitu pada 31 Ogos,kita dapat mengenang kembali pahit getir mereka dalam mempertahankan negara kita ini agar sejarah lama tidak hilang ditelan dek zaman dari satu generasi sehingga ke satu generasi yang akan datang.Insyaallah…

.Siti Fatimah Ima.

Ulasan

  1. nice blog.. follow kita juga (^_^)...http://cahayacieda.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Terima kasih Cik Cieda.. nanti ima follow ya.. (^^)y

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Catatan Perjalanan Ima..

Alhamdulilah.. Jodoh is coming to me

Aku dan Dia